Kami sudah kembali dengan stok baru. Tetapi kali ini kami sebagai orang Terengganu membawakan kepada anda Batik Sutera Terengganu, eksklusif dari negeri kami, Terengganu. (Untuk Batik Sutera Indonesia, sila tunggu stok baru tidak lama lagi)
Beberapa perkara penting mengenai batik Terengganu yang kami ingin beritahu adalah;
1. Kain Batik Terengganu adalah dari jenis kain Sutera Jacquard jadi warna dalam gambar lebih terang berbanding sebenarnya kerana kain ini memancarkan cahaya
2. Pelanggan yang mahu jenis batik yang sama tetapi warna berlainan daripada dalam stok-stok yang kami ada, boleh request warna yang anda inginkan. (Contoh: Chiffon Buih, warna Pink. Kami akan mendapatkan daripada supplier jika warna tersebut ada dalam stok mereka)
3. Kerana Batik Sutera Terengganu amat berkualiti tinggi dan harganya agak mahal, kami membenarkan pelanggan untuk membayar kain yang anda beli secara ansuran, 2-3 kali
4. Pastikan anda mengamalkan langkah-langkah dibawah untuk menjaga kualiti batik sutera supaya tahan lebih lama;
- Seelok-eloknya dibasuh dengan tangan, mesin basuh dibenarkan tetapi basuhan lembut sahaja
- Elakkan mencuci batik Terengganu menggunakan cecair pelembut (Cth:Softlan) dan sabun basuh cecair/cecair detergent (Cth: Dynamo, Top)
- Elakkan mencuci menggunakan syampoo dan sabun mandi
- Elakkan menjemur kain batik Terengganu di bawah cahaya matahari terik
6. Batik Sutera Terengganu adalah sangat eksklusif. Kerana coraknya dilukis menggunakan tangan jadi tidak akan ada orang lain yang akan memakai baju corak yang sama dengan anda. Jika coraknya sama sekalipun, kelainan akan tetap ada. ;-)
1 comments:
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛
Post a Comment